Friday, October 31, 2008

Affiliates saya

Ini merupakan jualan pertama saya dalam program Affiliates. E-book tentang bagaimana meningkatkan hubungan antara suami isteri melalui hubungan seks. Jika berminat untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut, klik banner di bawah




Semoga hubungan kita dengan pasangan masing-masing semakin erat setelah membaca buku ini insyaallah:-)


Jom join affiliate yang menjual e-book tentang bagaimana untuk menjadi jutawan?
Persoalannya akan terjawab setelah anda membaca sendiri buku ini


atau klik link di bawah
http://www.irfankhairi.com/mentor?a_aid=7c279f5d


Affiliates ini merupakan affiliates syarikat dari luar negara. mereka menjual kamus elektronik yang belum boleh didapati di Malaysia.
Klik icon di bawah untuk maklumat lanjut






Siapa tak tahu tentang U tube? ya, laman web video terkenal di dunia.... Tapi siapa tahu selain digunakan untuk mengupload video, ia juga boleh menjana wang? Klik banner di bawah untuk maklumat lanjut

maharajavideo.com

Thursday, October 30, 2008

website pertama saya

Jumpa lagi heheh:-)

Pada kali ni saya ingin menceritakan sedikit pengalaman saya membuat laman web pertama. laman web saya yang pertama ialah

www.geocities.com/ariff_alias

saya menggunakan macromedia dreamweaver dan adobe photoshop untuk menghasilkan laman web tersebut.. Walaupun software yang digunakan power, laman web yang terhasil sangat hodoh heheh:-) Ini kerana pengetahuan saya tentang dreamweaver sangat sikit (walaupun agak mahir dengan adobe photoshop).

Dengan laman web ini, saya telah mendaftar dengan google adsense untuk mendapatkan iklan2 nya... Apabila lulus je pengesahan adsense tu... Terus saya happy giler... terus rasa macam... Wah... dah berjaya ni.... Pasni kaya la aku...

Tapi selepas sebulan berdaftar dengan adsense, incomenya masih RM0? Saya mula tertanya-tanya.... Bagaimana orang lain boleh dapat duit sedangkan saya masih tidak memperolehi apa-apa income?

Selepas itu saya mula membaca beberapa e-book dan forum-forum di internet... Baru saya tahu yang untuk success dalam internet tiada jalan mudah... Usaha perlu berterusan dan laman web perlu sentiasa di update.

Saya juga mula mengetahui beberapa cara lain lagi untuk berjaya dalam IM. Terbaru, saya sedang mengkaji tentang program affiliates:-)

Jom berkenalan dengan saya:-)

Terlebih dahulu, izinkan saya memperkenalkan diri saya

Saya bernama Muhd Ariff bin Alias atau nama singkatannya arih. Nama ni jarang saya gunakan di internet kerana saya lebih suka menggunakan nama penuh saya di internet iaitu ariff_alias:-)
Saya seorang guru di SMK Kahang, di johor dan mengajar sains untuk pelajar menengah rendah.

Saya mula mengenali komputer ketika tahun 1 di Universiti Malaysia Sabah. Semenjak itu, Saya mula meminati dunia perkomputeran. Saya mula belajar bagaimana untuk membaiki komputer sendiri di tahun 2 kerana pada masa tu duit untuk membaiki komputer tak cukup:-)

Dalam masa 4 bulan saya mula agak mahir membaiki komputer sendiri termasuklah memasang drivernya. Untuk pengetahuan semua, saya belajar tanpa ada orang membantu serta menunjuk cara kepada saya bagaimana untuk membaiki komputer. Akibatnya komputer saya terpaksa dihantar ke kedai sebanyak 8 kali dalam masa 4 bulan tersebut akibat 'aktiviti cuba-jaya' saya:-)

Selepas 2 bulan berkemahiran membaiki komputer (kononnya) saya mula membuat 1 iklan di bus stop universiti saya berbunyi lebih kurang begini, "Mengambil upah membaiki komputer RM10. Kos penghantaran percuma". Pada masa tu cas membaiki komputer di kedai ialah RM50.

Akibat dari iklan tersebut... Saya menerima banyak tempahan sehingga pendapatan saya sehari mencecah RM100:-) Seronok memang seronok, tapi letih...

Tapi, pengalaman tersebut mengajar saya tentang banyak masalah-masalah baru tentang kerosakan komputer... Di universiti, dianggarkan saya telah membaiki lebih dari 1000 komputer dalam masa 2 tahun. Dengan kata lain, ilmu saya tentang software dan hardware komputer agak tinggilah:-)

Pada tahun terakhir di universiti, terdapat seorang kawan saya yang asyik membina laman web. Saya rasa pelik, kenapa dia berusaha bersungguh sungguh membina laman web sehingga sanggup mengeluarkan modal padahal tiada apa-apa faedah (ni pemikiran saya pada ketika itu).

Apabila saya bertanya kepadanya, dia telah memperkenalkan kepada saya sedikit sebanyak tentang internet marketing, pada masa tu dia fokus kepada adsense. Bagaimanapun hati saya masih tertutup untuk berkenalan dan mula berjinak-jinak dengan dunia IM ni sehinggalah pada suatu hari saya ke kedai buku.

Di kedai buku tersebut saya telah terjumpa sebiji buku bertajuk 15 teknik efektif internet marketing tulisan Fuad Latip, pensyarah Fakulti Kejuruteraan elektrik UTM. Saya mula tertanya-tanya... Mengapa seorang pensyarah yang gajinya pasti besar sanggup bergiat aktif dalam dunia IM?

Bermula dari situlah, saya mula mencari e-book2 percuma dari internet dan hasilnya saya dapat melihat peluang yang cerah untuk mendapatkan wang tambahan malah mungkin pendapatan internet melebihi gaji kerja kerajaan yang disandang saya sekarang:-)

Bagaimanapun, dunia IM saya masih amat baru (saya start August 2008). Jadi di sini saya ingin menjemput newbie2 yang berminat dengan IM macam saya ni, join blog saya. Kita akan berbincang teknik2 baru dalam IM yang senang dipraktikkan.

Minggu lepas, saya telah membeli buku 15 teknik efektif Internet marketing;-) Harap dengan buku ni dapat mengubah hidup saya:-)

Ok setakat ini saja pengenalan diri saya... Dah panjang rupanya saya membebel heheh:-) Kalau ada sebarang perkembangan saya akan terus postkan dalam blog ini. Sekian, wassalam...

Berjaya bersama-sama,
ariff_alias