Thursday, October 30, 2008

website pertama saya

Jumpa lagi heheh:-)

Pada kali ni saya ingin menceritakan sedikit pengalaman saya membuat laman web pertama. laman web saya yang pertama ialah

www.geocities.com/ariff_alias

saya menggunakan macromedia dreamweaver dan adobe photoshop untuk menghasilkan laman web tersebut.. Walaupun software yang digunakan power, laman web yang terhasil sangat hodoh heheh:-) Ini kerana pengetahuan saya tentang dreamweaver sangat sikit (walaupun agak mahir dengan adobe photoshop).

Dengan laman web ini, saya telah mendaftar dengan google adsense untuk mendapatkan iklan2 nya... Apabila lulus je pengesahan adsense tu... Terus saya happy giler... terus rasa macam... Wah... dah berjaya ni.... Pasni kaya la aku...

Tapi selepas sebulan berdaftar dengan adsense, incomenya masih RM0? Saya mula tertanya-tanya.... Bagaimana orang lain boleh dapat duit sedangkan saya masih tidak memperolehi apa-apa income?

Selepas itu saya mula membaca beberapa e-book dan forum-forum di internet... Baru saya tahu yang untuk success dalam internet tiada jalan mudah... Usaha perlu berterusan dan laman web perlu sentiasa di update.

Saya juga mula mengetahui beberapa cara lain lagi untuk berjaya dalam IM. Terbaru, saya sedang mengkaji tentang program affiliates:-)

No comments: