Terlebih dahulu, izinkan saya memperkenalkan diri saya
Saya bernama Muhd Ariff bin Alias atau nama singkatannya arih. Nama ni jarang saya gunakan di internet kerana saya lebih suka menggunakan nama penuh saya di internet iaitu ariff_alias:-)
Saya seorang guru di SMK Kahang, di johor dan mengajar sains untuk pelajar menengah rendah.
Saya mula mengenali komputer ketika tahun 1 di Universiti Malaysia Sabah. Semenjak itu, Saya mula meminati dunia perkomputeran. Saya mula belajar bagaimana untuk membaiki komputer sendiri di tahun 2 kerana pada masa tu duit untuk membaiki komputer tak cukup:-)
Dalam masa 4 bulan saya mula agak mahir membaiki komputer sendiri termasuklah memasang drivernya. Untuk pengetahuan semua, saya belajar tanpa ada orang membantu serta menunjuk cara kepada saya bagaimana untuk membaiki komputer. Akibatnya komputer saya terpaksa dihantar ke kedai sebanyak 8 kali dalam masa 4 bulan tersebut akibat 'aktiviti cuba-jaya' saya:-)
Selepas 2 bulan berkemahiran membaiki komputer (kononnya) saya mula membuat 1 iklan di bus stop universiti saya berbunyi lebih kurang begini, "Mengambil upah membaiki komputer RM10. Kos penghantaran percuma". Pada masa tu cas membaiki komputer di kedai ialah RM50.
Akibat dari iklan tersebut... Saya menerima banyak tempahan sehingga pendapatan saya sehari mencecah RM100:-) Seronok memang seronok, tapi letih...
Tapi, pengalaman tersebut mengajar saya tentang banyak masalah-masalah baru tentang kerosakan komputer... Di universiti, dianggarkan saya telah membaiki lebih dari 1000 komputer dalam masa 2 tahun. Dengan kata lain, ilmu saya tentang software dan hardware komputer agak tinggilah:-)
Pada tahun terakhir di universiti, terdapat seorang kawan saya yang asyik membina laman web. Saya rasa pelik, kenapa dia berusaha bersungguh sungguh membina laman web sehingga sanggup mengeluarkan modal padahal tiada apa-apa faedah (ni pemikiran saya pada ketika itu).
Apabila saya bertanya kepadanya, dia telah memperkenalkan kepada saya sedikit sebanyak tentang internet marketing, pada masa tu dia fokus kepada adsense. Bagaimanapun hati saya masih tertutup untuk berkenalan dan mula berjinak-jinak dengan dunia IM ni sehinggalah pada suatu hari saya ke kedai buku.
Di kedai buku tersebut saya telah terjumpa sebiji buku bertajuk 15 teknik efektif internet marketing tulisan Fuad Latip, pensyarah Fakulti Kejuruteraan elektrik UTM. Saya mula tertanya-tanya... Mengapa seorang pensyarah yang gajinya pasti besar sanggup bergiat aktif dalam dunia IM?
Bermula dari situlah, saya mula mencari e-book2 percuma dari internet dan hasilnya saya dapat melihat peluang yang cerah untuk mendapatkan wang tambahan malah mungkin pendapatan internet melebihi gaji kerja kerajaan yang disandang saya sekarang:-)
Bagaimanapun, dunia IM saya masih amat baru (saya start August 2008). Jadi di sini saya ingin menjemput newbie2 yang berminat dengan IM macam saya ni, join blog saya. Kita akan berbincang teknik2 baru dalam IM yang senang dipraktikkan.
Minggu lepas, saya telah membeli buku 15 teknik efektif Internet marketing;-) Harap dengan buku ni dapat mengubah hidup saya:-)
Ok setakat ini saja pengenalan diri saya... Dah panjang rupanya saya membebel heheh:-) Kalau ada sebarang perkembangan saya akan terus postkan dalam blog ini. Sekian, wassalam...
Berjaya bersama-sama,
ariff_alias
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment